22 August 2008

Kerepek Bawang


Teman tak boleh nak kata, kerepek bawang nie "Queen of Kerepek". Tapi, bila tiba musim perayaan, permintaan untuk kerepek bawang memang top. Dan penggemar utama kerepek bawang adalah budak-budak dan remaja. Macam mana pulak teman tahu? Ini hanya penilaian kasar teman jer la. Teman tak pulak buat statistik. Tapi rata-rata pembeli, selalu cakap....'kerepek bawang nie, anak saya memang suka'.

Bercakap pasal kerepek bawang, teman masa kecik-kecik dulu (tak la kecik sangat, masa tu umur teman belasan gak la) - teman pernah gak tolong kakak sedara teman buat. Tapi jangan tanya teman macam mana nak buat. Ingat-ingat lupa. Masa tu, kerepek bawang nie baru mula-mula keluar di pasaran. Masa dulu, mana ada kedai kerepek. Nak makan apa-apa yang berlainan sikit, cari la resepi... cari la guru yang boleh ajar. Itupun payah gak sebab tak ramai yang tahu. Sekarang ini, hanya di hujung jari. Tekan keyboard dah boleh order barang. Berbalik kita pada citer tadi..... lepas digoreng kerepek bawang, satu keluarga rasa teruja dengan kerepek bawang nie. Al-maklum sahaja la.....baru merasa...sedappp!!!

Okay la, enough about kerepek bawang.

Bagi mereka yang menggemarinyer.....boleh la order.

Harga kerepek bawang untuk 1/2 kilo ialah RM6.50, manakala untuk 1 kilo ialah RM12.00

1 comment:

ady said...

salam,
Tahniah kerana berjaya jalankan bisnes kerepek-kerepek nie.Saya suka bisnes ni dan harap dapat dengar berita kejayaan hebat dr sdra.

Salam jauh dr saya di Brisbane, Australia.

Kerepek pisang tanduk

Kerepek pisang tanduk

Kek Chocolate Moist

Kek Chocolate Moist
Promosi harga untuk Chocolate Moist Kek

Biskut Raya

Biskut Raya

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP