22 August 2008

Kerepek Bawang


Teman tak boleh nak kata, kerepek bawang nie "Queen of Kerepek". Tapi, bila tiba musim perayaan, permintaan untuk kerepek bawang memang top. Dan penggemar utama kerepek bawang adalah budak-budak dan remaja. Macam mana pulak teman tahu? Ini hanya penilaian kasar teman jer la. Teman tak pulak buat statistik. Tapi rata-rata pembeli, selalu cakap....'kerepek bawang nie, anak saya memang suka'.

Bercakap pasal kerepek bawang, teman masa kecik-kecik dulu (tak la kecik sangat, masa tu umur teman belasan gak la) - teman pernah gak tolong kakak sedara teman buat. Tapi jangan tanya teman macam mana nak buat. Ingat-ingat lupa. Masa tu, kerepek bawang nie baru mula-mula keluar di pasaran. Masa dulu, mana ada kedai kerepek. Nak makan apa-apa yang berlainan sikit, cari la resepi... cari la guru yang boleh ajar. Itupun payah gak sebab tak ramai yang tahu. Sekarang ini, hanya di hujung jari. Tekan keyboard dah boleh order barang. Berbalik kita pada citer tadi..... lepas digoreng kerepek bawang, satu keluarga rasa teruja dengan kerepek bawang nie. Al-maklum sahaja la.....baru merasa...sedappp!!!

Okay la, enough about kerepek bawang.

Bagi mereka yang menggemarinyer.....boleh la order.

Harga kerepek bawang untuk 1/2 kilo ialah RM6.50, manakala untuk 1 kilo ialah RM12.00

21 August 2008

Kerepek pisang tanduk



Ini percubaan pertama nak upload gambar. Teman nak upload gambar kerepek pisang tanduk (King of kerepek). Kenapa teman kata kerepek pisang tanduk nie king of kerepek? Kerana kerepek pisang tanduk memangggg laris. Tak kira musim perayaan atau tidak. Permintaan untuk kerepek pisang tanduk tak pernah putus-putus.

YEZ! YEZ! Berjaya gak teman upload kerepek pisang tanduk teman.

Harga nyer untuk 1/2 kilo ialah RM8.00 dan 1 kilo pulak ialah RM15.00.

Ingin mencuba nyer?? Hubungi teman, k.

A picture paints a thousand words

Ada sapa-sapa ingat tak lagu nie, dimana ada baris lirik nyer..."When a picture paints a thousand words .....". Bukan apa....ada diantara rakan-rakan teman complaint kenapa blog teman kosong jer.... maksud mereka tak der gambar. Gambar kerepek ker, gambar kuih ker, gambar maruku ker..... Memang betul, kata mereka.

Dan untuk tatapan pengunjung-pengunjung ke blog teman nie, tak lama lagi teman akan upload gambar-gambar kerepek teman, biskut raya dan macam-macam lagi. Sekarang nie teman tengah terhegeh-hegeh nak snap shot koleksi kerepek teman untuk di upload kan ke blog ini, bagi menceriakan lagi blog teman.

Harap bersabar.

16 August 2008

Senarai harga kerepek dan biskut tradisional 2008

Berikut di bawah adalah senarai harga kerepek dan biskut tradisional. Ada 2 packaging - 500 gm & 1 kg. Harga yang tertera adalah price yang up-todate 2008.

Ubi Pedas Basah - RM6.50/500 gm, RM12.00/1 kg
Ubi Pedas Kering - RM6.50/500 gm, RM11.50/1 kg

Ubi Masin - RM5.50/500 gm, RM10.00/1 kg
Ubi Chips - RM6.00/500 gm, RM11.00/1 kg
Ubi Chips Kari - RM6.50/500 gm, RM12.00/1 kg
Ubi BBQ - RM6.50/500 gm, RM12.00/1 kg
Ubi Lada Hitam - RM6.50/500 gm, RM12.00/1 kg
Pisang Tanduk - RM8.00/500 gm, RM15.00/1 kg
Pisang Manis - RM7.00/500 gm, RM13.00/1 kg
Pisang Abu - RM7.00/500 gm, RM13.00/1 kg
Kerepek Bawang - RM6.50/500 gm, RM12.00/1 kg
Sukun - RM8.50/500 gm, RM16.00/1 kg
Jejari Bilis/Udang - RM6.50/500 gm, RM12.00/1 kg
Kerepek Kacang Hijau - RM7.50/500 gm, RM14.00/1 kg
Kerepek Kacang Dal - RM7.50/500 gm, RM14.00/1 kg

Kerepek Kentang - RM7.50/500 gm, RM14.00/1 kg
Kerepek Kentang Pedas (450gm) - RM7.50/450 gm, RM14.50/1 kg
Opak Kari - RM7.50/500 gm, RM14.00/1 kg
Keladi - RM9.50/500 gm, RM18.00/1 kg
Emping (300g) - RM7.00/300 gm (Packaging yang berlainan sikit)
Rempeyek Mini - RM10.00/500 gm, RM20.00/1 kg
Rempeyek Kacang Tanah - RM9.00/500 gm, RM18.00/1 kg
Rempeyek Kacang Dal - RM9.00/500 gm, RM18.00/1 kg
Rempeyek Kacang Hijau - RM9.00/500 gm, RM18.00/1 kg
Keledek Ungu - RM7.50/500 gm
Kerepek Bayam - RM8.50/500 gm
Kentang Roda (400g) - RM7.00/400 gm (Packaging yang berlainan sikit)
Tempe - RM10.00/500 gm
Karipap Mini - RM10.00/500 gm


Senarai harga kuih tradisional
Maruku - RM8.50/500 gm
Popiah simpul - RM13.50/500 gm, RM27.00/1 kg
Popiah gulung - RM13.50/500 gm, RM27.00/1 kg
Kuih Siput - RM8.50/500 gm, RM16.00/1 kg
Kuih Kapit (50 keping) - RM9.00
Kuih Putu Kacang (45 biji) - RM8.50
Batang Buruk - RM8.50
Kuih Tiram / Lidah Kucing - RM9.00
Cakar Ayam (50 biji) - RM12.00
Kuih Ros (50 biji) - RM8.50


Bagi kuih bahulu, teman akan updatekan harga nyer secepat yang mungkin. Jenis-jenis kuih bahulu yang teman ada
  1. Bahulu asli
  2. Bahulu cappucino
  3. Bahulu coklat
  4. Bahulu pandan
  5. Bahulu oren
  6. Bahulu blueberry
  7. Bahulu banana
  8. Bahulu bumbai kecil
  9. Bahulu bumbai besar

TUNGGUUUUU!!!!!

Maaf

Memang sah! Ramai member-member teman complain tak dapat access senarai harga kerepek yang teman cuba link. Apa sudah jadi?? Nampak gaya nyer, teman kena taip sebijik-sebijik kat sini. Harap member-member teman dapat bersabar. Teman cuba updatekan secepat yang mungkin.

08 August 2008

Apa pulak hal nyer?

Been trying to link senarai harga kerepek teman, dari tadi tak boleh, boleh gak. Kalau cam nie, nampak gaya nyer, teman kena taip satu-satu la...kat sini. Tak per... tak leh putus asa. Teman nak cuba lagi. Cuba klik di sini untuk senarai harga kerepek.

Senarai harga kerepek dan biskut tradisional

Member-member semua dah tahukan.... apa jenis kerepek yang teman jual. Sure nak tahu berapa pulak harga kerepek-kerepek teman. Untuk kemudahan member-member dan pengujung blog ini, member-member boleh download senarai harga kerepek di sini. Sila klik, utk senarai harga kerepek dan biskut tradisional.

Lama nyer tak update

Lama gak teman tak update blog teman. Bz memanjang.....

Sepanjang 2 minggu tak update, teman sibuk ke sana ke mari mencari ruang niaga tetap. Mencari supplier yang dapat membekalkan roti coz konsep kedai teman nanti ialah bakeri and snack. Kedai tu masih dalam pertimbangan pihak TH properties. Insya Allah, kalau teman ada rezeki, dapat lah teman bukak kedai nanti. Teman memang la berharap. Apa-apapun hanya Allah yang tahu. Terserah lah pada Allah yg. menentukan.

Kerepek pisang tanduk

Kerepek pisang tanduk

Kek Chocolate Moist

Kek Chocolate Moist
Promosi harga untuk Chocolate Moist Kek

Biskut Raya

Biskut Raya

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP